Assalamualaikum kesayangan saya sekalian, terlebih dahulu saya nak ucapkan jutaan terima kasih atas sokongan sejak awal-awal saya memulakan perniagaan Mawar Cotton ini. 

Saya sebenarnya memang sangat menghargai setiap sokongan yang telah diberikan, sejak saya bermula sehinggalah ke hari ini. Walaupun mungkin sekarang ni saya dah kurang beraktiviti di media sosial disebabkan kesibukan menguruskan pelbagai perkara.

Jauh di sudut hati, saya memang sentiasa terkenang dan teringat pelanggan-pelanggan saya sejak dari awal lagi. Tanpa anda semua, Mawar Cotton tidak akan berada di tahap yang sekarang.

Syukur Alhamdulillah.

Hujung minggu baru ni, saya bermusafir bersama dengan team saya untuk menguruskan beberapa perkara di ibukota KL. Saya sempat berbincang dengan team saya untuk memberikan penghargaan kepada para pelanggan yang berdiri teguh memberikan sokongan tidak berbelah bahagi.

Kami telah buat keputusan untuk buat aktiviti khusus dengan para penyokong MC yang telah bersama sejak sekian lama.

Ada beberapa aktiviti yang akan diadakan  dan akan diumumkan dari masa ke semasa. Antara yang telah difikirkan seperti sesi meeti & greet santai bersama Founder MC, hadiah misteri kepada yang bertuah, voucher khas discount untuk koleksi tertentu dan pelbagai lagi.

Apa yang perlu anda buat? hanya isi borang di bawah dengan maklumat yang diperlukan, dan nantikan info-info terbaru atau anda mungkin akan dihubungi secara langsung oleh wakil daripada team kami.


    Shopping Cart
    There are no products in the cart!
    Continue Shopping
    0