Campaign : Year End SALE now available! Get up to 80% OFF for every item!!! CLAIM SPECIAL GIFT/OFFER WHEN U BUY RM100 & ABOVE DURING Y.E.S

Term & Conditions

Polisi Pemulangan Baju Kurung Mawar Cotton

Ribuan terima kasih kepada anda kerana membuat pembelian di Mawar Cotton. Kami di Mawar Cotton sentiasa memastikan pelanggan kami mendapat servis terbaik untuk memberi pengalaman pembelian yang memuaskan di Mawar Cotton. Setiap pembelian item yang dibeli adalah dijamin dan pelanggan dibenarkan membuat penukaran saiz atau rekaan jika item yg diterima tidak sesuai atau tidak menepati citarasa mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan untuk kebaikan semua pihak.
POLISI PENUKARAN DAN PEMULANGAN
  1. Sila ambil perhatian, item CLEARANCE SALE / YEAR END SALE / KEMPEN PROMOSI tidak dibenarkan untuk meminta pulangan wang (REFUND), dikembalikan (RETURN) dan tidak dibenarkan melakukan sebarang penukaran.
  2. Untuk semua pengembalian item (JIKA ADA MAJOR DEFECT/SALAH ITEM) sila e-mel atau whatsapp details nombor order anda di:
Email:
mawarcotton.team@gmail.com
Whatsapp : 01110762040 / 01110782040

**Jika anda mebuat pembelian dengan SELLER/DS kami, sila berurusan dengan mereka untuk sebarang pemulangan / penukaran item.

  1. Anda hanya boleh melakukan  pemulangan / penukaran item dalam masa 3 hari setelah menerima pesanan anda.
  2. Anda perlu sertakan dalam e-mel atau Whatapp, nombor pesanan asal & item yang anda ingin minta untuk dikembalikan / ditukar.
  3. Setelah pengembalian / pertukaran anda diluluskan, anda akan menerima arahan mengenai cara pengembalian dan pertukaran melalui e-mel atau Whatsapp.
  4. Urusan pengembalian / pertukaran / pemulangan wang akan mengambil masa 7 hari bekerja.
  5. Kebiasaannya, kami tidak akan memberikan pengembalian wang jika anda berubah fikiran atau membuat keputusan yang salah tetapi jika didapati ukuran baju memang tidak menepati carta, anda boleh sertakan bukti bergambar di dalam whatssap atau e-mel seperti yang dinyatakan di atas untuk buat penukaran saiz sahaja.
  6. Tiada pertukaran atau pembayaran balik barang jualan melainkan produk yang diterima rosak (MAJOR DEFECT) seperti koyak ditengah, kesan terbakar, kedudukan tangan di kiri dan kanan terbalik dan lain-lain. Jika sedikit defect seperti benang tertetas di jahitan tepi, butang tercabut, dan lain-lain MINOR DEFECT adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali untuk membuat sebarang pertukaran.
  7. Kos penghantaran balik ke Mawar Cotton adalah 100% dibiayai oleh pelanggan jika sebab penukaran adalah dari pelanggan yang:
    • Tukar saiz
    • Tukar design
    • Produk tidak menepati citarasa
  8. Item yang di pulangkan mesti dalam keadaan seperti asal:
    • Baju belum dicuci, tidak dipakai, masih dalam keadaan asal  Tag masih sempurna di baju.
    • Baju tidak rosak.
    • Baju tidak kotor dan busuk atau bau perfume.
    • Baju tidak kusut.
    • Plastik baju tidak koyak/hilang
  9. Bayaran kos NINJA VAN bagi pemulangan semula kepada pelanggan adalah juga dibiaya oleh pelanggan. Jumlah perlu dibayar akan dimaklumkan melalui e-mel atau Whatapp.
  10. Pihak Mawar Cotton akan meneliti setiap item yang dipulangkan, ia MESTI menepati kriteria di perkara (9). Jika kami mendapati item yang diterima tidak menepati kriteria @ ROSAK, pemohonan penukaran atau refund akan dibatalkan. Dan item akan dipulangkan semula ke pelanggan selepas pelanggan menjelaskan bayaran NINJA VAN semula.
  11. Sekiranya tiada bayaran POSLAJU semula, pihak Mawar Cotton tidak akan memproses penghantaran semula item yang ROSAK tersebut (rujuk perkara 12)
  12. Untuk kes REFUND, 100% REFUND adalah berdasarkan harga baju yang dibeli sahaja. Kos poslaju tidak akan di pulangkan.
  13. Untuk item FREE NINJA VAN, REFUND akan ditolak dengan kos NINJA VAN dan Pengurusan. Kerana Offer ini untuk item yang dijual sahaja, bukan untuk item yang dipulangkan.
Shopping cart0
There are no products in the cart!
Continue shopping
0